Thursday, 15 December 2011

Do not copy!!! Just read!!!




Bab 1 - Kawan baru

“ Assalamualaikum”,seseorang guru memberi salam.

 “WaalaikummusalamWarahmatullahiwabarakatuh, cikgu”, jawab murid – murid dari darjah 6 Intelligent.

_______________________



3/01/2009, Ahad

Tarikh inilah bermulanya kehidupanku yang merangkak ke alam remaja. Tarikh ini juga ialah tarikh bermulanya persekolahan di sekolah baru apabila hujung tahun lepas aku berpindah dari pekan ke pekan. Emm… bermakna pada tarikh ini jugalah aku akan dapat rakan baru.

_______________________

 “Semua boleh duduk. Hari ini ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kamu”, kata cikgu PK Hem.

Semua pelajar berbisik keriangan antara satu sama lain. Ada rasa gementar, ingin tahu dan tidak peduli terukir di dalam fikiran mereka.Secara tiba – tiba, mereka terdiam apabila aku masuk . Aku  terdiam kerana menahan malu. Badanku terus kaku apabila telah menarik perhatian semua murid di dalam kelas itu. Mataku terus merewang sekeliling kelas apabila cikgu yang berusia lingkungan      30-an sedang memperkenalkan tentang diriku. Setelah itu, aku mencari tempat kosong untuk diduduki. Mataku tertumpu pada sebuah meja kosong di bahagian belakang. Aku meluru ke arah meja tersebut.

 “Hai, nak berkenalan boleh?” sapa seorang pelajar lelaki di depanku.

Aku hanya buat tidak tahu dan tidak menoleh ke arah lelaki yang mahu berkenalan denganku. Tiba-tiba, empat orang pelajar perempuan menghalau lelaki itu secara kasar.

“ Hei Syamil, boleh tak kau jangan kacau kawan baru kita ni?”,kata Qairina kepada Syamil.

“ Eh, nak berkenalan pun tak boleh ke?”, Syamil menjawab.

Qairina mengangguk kepada rakannya lalu mereka berkata. Serentak. “Tak boleh. Kami tak benarkan!”.       

Syamil mengaru kepalanya lalu pergi dari situ. Dia berdesis sendirian ,”Tak mengapa. Hari ini hari kau. Esok hari aku pula.”

Aku hanya melihat kelibat mereka berlima dari awal hingga tamat tanpa rasa jemu kerana mereka telah menghiburkan hatiku yang dalam gelisah sejak tiba di sekolah ini. Timbul pula rasa kasihan kepada pelajar lelaki yang bernama Syamil. Apa yang penting aku sudah ada rakan di sekolah. Aku tak perlu rasa kesunyian seperti apa yang aku bayangkan ketika berpisah dengan rakan lamaku.



____________________________

Kelas 6 Intelligent terus hingar – bingar tak ubah seperti sebuah pasar. Pelajar lelaki yang menegurku hanya melihatku dari jauh supaya tidak sesiapa pun perasaan. Sehinggalah rakannya menegurnya.

“Encik Syamil, tengok siapa? Budak baru tu ke?”

“Eh, kau ni Akmal, buat aku terkejut je. Mana ada aku tengok budak sombong tu.”

“Ceh, budak sombong kau kata kat budak baru tu? Hei, kau sedar la sikit. Kau tu yang sombong, aku tengok dari air muka budak baru tu pun aku dah tau perangai dia. Dia bukan jenis perempuan yang kau kenal.”

“Kau kan pakar tengok rahsia. Tengok saja air muka, terus kau tahu.”

Akmal hanya ketawa lalu hatinya berbisik, “Kantoi la kau tengok dia, wahai kawanku.”

Syamil terus berlalu dengan muka yang agak kemerahan kerana menahan malu akibat ditegur Akmal. Dia menuju ke arah rakannya yang lain. Akmal hanya melihat tindakan rakannya. Akmal menoleh ke arah aku lalu menyambung kembali tugasan yang tertunggak di atas mejanya, kerja sekolah.


Akan Datang......(Bab 2)
    


0 daun kering daripada visitor:

Post a Comment